Sunday, February 7, 2010

I AM A NEW MAN..NEWBORN...

    Setelah minda dan fikiran aku mendapat MOTIVASI yang secukupnya,aku berasa sungguh HEBAT..Aku ingin berbakti kepada AGAMAKU...TERIMA KASIH INTEC..Kerana menghantar aku ke program tersebut.ALANGKAH ruginya insan-insan yang telah mendapat peluang sebesar ini tetapi mensia-siakannya.Manusia memang kufur nikmat.Kalau tak kufur nikmat,tidak sahlah menjadi seorang manusia...

     Yang telah terpilih,tak nak datang pulak ke program tersebut..MACAM-MACAM perangai manusia.Yang dah datang pulak,pegi bantai tidur macam lah malam tadi pergi buat qiamullail.PADAHAL overnight buat kerja lagho.RUGINYA insan-insan seperti mereka.OH!!Kenapalah HATI insan ini begitu keras?Mengapakah mereka masih lagi tidak mahu berubah?Adakah di dalam hati mereka tidak ada lagi ruang untuk kembali kepada FITRAH kejadian manusia itu?YA ALLAH.LEMBUTKAN LAH HATI-HATI BUDAK INTEC INI.YA ALLAH,BUKA KANLAH PINTU HATI MEREKA AGAR MUDAH MENERIMA NASIHAT..Teringat kata-kata Ustaz yang bagi ceramah tadi...

     Allah tidak akan mampu mengubah sesuatu kaum itu melainkan mereka mengubah diri mereka sendiri...Mungkin ayat ni sudah familiar dalam otak korang.Aku tak nafikan korang bijak.Tapi,adakah kita mengambil pengajaran dan iktibar terhadap ayat itu?MUNGKIN YA..Dan mungkin juga tidak..Kalau tidak, apakah sebabnya?Aku terimbau kembali kata-kata yang terpahat di atas batu nesan seorang paderi pada kurun ke 18 dahulu.Aku cuba simpulkan kata-kata paderi tersebut...Kisah mengenai seorang paderi yang berjiwa besar dan ingin mengubah negaranya.

     Beliau telah cuba sedaya upaya untuk mengubah negaranya dengan ilmu yang dimilikinya tetapi akhirnya dia gagal.Kerana dia merasakan bahawa dia tidak mampu untuk mengubah seluruh negaranya itu.Maka dia mengurangkan matlamatnya itu iaitu sekadar ingin mengubah masyarakatnya.Namun usahanya tetap gagal.Dan dia masih lagi tidak mahu mengalah.Lantas,dia mengurangkan matlamatnya kepada ingin mengubah keluarganya.Malang tidak berbau,usahanya masih gagal dan terus gagal kerana usaha untuk mengubah keluarga juga amat susah.Sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir,barulah dia mendapat jawapan  kepada perubahan negaranya.Bagi beliau,kunci kepada perubahan tersebut adalah dia perlu mengubah DIRI dia dahulu.Kerana sekiranya diri dapat diubah,maka keluarga juga akan dapat diubah.Seterusnya membawa kepada perubahan masyarakatnya dan NEGARANYA..

    BAIKLAH...Lupakan kisah paderi itu.Kembali kepada kisah aku.Seorang aku yang telah mendapat kembali JIWANYA yang telah hilang entah ke mana.HATI nya yang rapuh seperti biskut cipsmore dan sudah berkecai dahulu kini menjadi seperti besi TITANIUM yang amat kukuh dan tidak mampu di runtuhkan oleh apa-apa pun.Kerana aku telah sedar.Erti menjadi seorang manusia bukanlah untuk bersuka ria.Bukanlah untuk belajar semata-mata seperti budak pandai yang membazirkan seluruh jiwanya dan hatinya di depan buku semata-mata.Bukanlah untuk tidur semata-mata seperti kebanyakkan manusia lakukan.Tetapi kerana ingin mendapatkan keredhaannya dan beribadah kepadanya..Dan juga untuk....(lupa pulak)...

    Aku sudah mendapat minda yang baru.Aku telah mendapat semangat yang baru.SYUKUR aku ke hadrat ILAHI kerana telah mengaturkan takdir yang dapat mengubah diri aku ini dan menambahkan keimanan aku terhadapMU.AKU TERLALU TERUJA DAN GEMBIRA(bayangkan aku tengah menangis terharu mcm dalam kartun tuh)...DAN LIDAHKU TERKELU DALAM KESYUKURAN....
     

4 comments:

  1. tahniah atas perubahan & anjakan paradigma

    (again) congrats in advance for future success

    ReplyDelete
  2. tahniah arep..
    juz confuse cket ngan ayat nih:

    "Allah tak mampu mengubah sesuatu kaum itu melainkan mereka mengubah diri mereka sendiri"

    rasenye, bkn Allah x mampu tapi.. Allah x akan.. ok? jazakillah.. Teruskan hijrah dr baik kpd lbh baik..

    ReplyDelete
  3. ok2..
    nanti aku tukar ye sakinah!!!
    thanks...

    ReplyDelete

reaksi dan respon