Tuesday, May 26, 2009

SECARA JUJURNYA~DIA ORANG PALING BODOH PERNAH AKU JUMPA~

Pagi ini aku mengahadapi satu hari lagi yang biasa.Selepas solat aku terus mentedarah dua keping roti yang disapukan kaya.Hari ini,kaya tu pelik sikit kerana warnanya lebih pekat daripada yang biasa..Lepas sarapan,aku on TV.Bosan sangat.Xde keje nak buat.

Topik kat MHI hari ini agak ok la jugak.Aku amat tertarik dgn si ahmad fedtri yahya tu kerana style dia bercakap amat2 unik.Aku terpesona dengan keindahan bahasanya dan kekayaan kosa katanya.Topik yang dimaksudkan adalah hari tanpa tembakau.

Well,macam kebiasaan wartawan tv3 pun adalah menemuramah beberapa orang tentang kesan kerajaan Malaysia mewajibkan meletakkan gambar2 mengerikan kat kotak rokok.Ader lah seorang insan ni.Bagi aku dia adalah insan paling bodoh penah aku jumpe.

"Bagi saya,sama ada gambar itu ada atau tak,sama sahaja," terang encik K.Sudah tak memberi apa2 kesan.Sebenarnya saya ni bukanlah golongan yang tidak berpendidikan sangat.Saya tahu sebenarnya semua penyakit ini disebabkan oleh benda lain.Bukan sebab rokok sahaja.

Lihatlah..Betapa bodohnya manusia tu.Dah lah bengap.Pastu tak nak pulak mengakui kebengapannya itu.Itulah manusia kini.Walaupun peringatan telah diberikan,masih tidak mahu berubah.Sedangkan Allah telah memerintahkan kita supaya menjauhkan diri dari lembah kebinasaan.Aku ni bukan lah baik sangat.Tapi kalau ade peringatan tu mestilah kita ambil sedikit pengajaran.kan??

1 comment:

  1. salam...
    aku pown tgk gak mhi uh..
    tol ar ckp ko...
    geram jek aku tgk...
    kate sgt berpendidikan..
    tp...
    adoyai..
    xpaham aku owg cen2...

    ReplyDelete

reaksi dan respon