Saturday, June 27, 2009

~BERCAMPUR BAUR~GOOD BYE FOR NOW~

Esok aku akan meninggalkan my sweet home.Betullah apa orang cakap.Home sweet home.Sbbnyer aku boleh just lepak2 je kat umah tanpa sebarang gangguan.Aku nak pegi mana??Nak melanjutkan pelajaran lah.Tapi perasaan aku bercampur baur.Semua feeling aku ader hari ni.Antaranya:~

HAPPY:
Setelah sekian lama duk menyepi kat rumah,aku akan memulakan hidup di tempat baru.Meet new friends.new environment and bermacam ragam perangai manusia.Tengok je lah nanti macam mana aku nak survive kat situ.

TAKUT:
Sebabnyer,aku rasa medical check up aku sorang jer lagi yang belum disiapkan.Sedih pun ada.Takut pun ada.Mana lah tau benda nih mempengaruhi scholar aku kan???Kot2 scholar kene tarik balik ke???Tak ke sakit tu??Jadi cikgu lah aku nampaknyer.Xpun askar.~ADOI~

MALAS:
Adeh..Ni yang leceh ni.Asal pergi belajar kat tempat baru jer mesti kene orientasi.Aku paling menyampah lah dengan orientasi.Dilayan bagaikan binatang.Macamlah aku ni bengap sangat tak tahu semua benda.Kene marah2 and all.Fed up tol.Amaran kepada semua fasilitator yang bakal mengendalikan program orientasi aku.Sape2 yang yang behaviour macam bagus sangat siap korang.Aku akan lawan balik.Sebabnyer aku pun ada hak untuk bersuara.Negara demokrasi lah katakan.Kalau aku mati kene belasah dek diorang,xpe.Aku balas dendam time aku dah jadi arwah nanti..Lagi satu,kalau program tu boring macam nak mati,aku tak teragak-agak nak komen program tu kalau diberikan peluang.Just wait and see okay.

KELIRU:
Menyiapkan fail2 dan dokumen yang perlu dibawak esok.Adoii.Mane lah tau ader mane2 dokumen penting yang tertinggal ke nanti.MATI PAK CIK..Nak macam2 lak tu.Tak boleh ke buat yang simple2 jer???

SEDIH:
Bakal meninggalkan rumah aku tercinta.Sedih tul.Meninggalkan mama aku yang dah banyak berkorban.Meninggalkan radio aku.Meninggalkan katil tercinta.Meninggalkan TV teman di kala duka.Meninggalkan ANTM.~ADOI~

Friday, June 26, 2009

~DIA PERGI MENINGGLKAN AKU DULU

Very shocked today.After perform Subuh,turn on the radio and relax for a while on the bed.Listen to the joke from Pak Nil ( Aznil Nawawi ) and Din Beramboi.Both them are really talented.I like them very much.This is my routine every single day during weekday.Suddenly mimi azira announced something.It am so surprised.What the heck???

MICHAEL JACKSON DEAD THIS MORNING????

Ceh.Aku lak emo2 lebih2 ni pehal lak??Aku pun tak tau nape aku boleh emo sampai camtu sgt.Mungkin sbb aku suke dia kot??HAHAHA.Ape2 pun.Kepada saudara baru kita si MJ,semoga roh kau dicucuri rahmat.Tak sangka dia pergi meninggalkan dunia begitu awal.With no reason.Sebelum ni sihat je.Nasib baik ko sempat dapat hidayah.Berbahagialah kau di alam barzakh.Turn aku bila pulak???Entah lah..Pasni kot???Who knew????

Wednesday, June 24, 2009

WHAT??AKU ADA ANAK???

As usual.One more boring day.Waking up at 10.Having breakfast at twelve.Lunch at 6.And dinner at???Guess what??

Baru nak tido.Suddenly lak kene pi BSJ.Nak cari kasut.What??Kasut??Ape2 je r.Dah sampai kat BSJ,terus masuk kedai kasut.WAH!!Kat sini pun ader kedai kasut yang hebat2 macam ni gak.So weird.Dah masuk situ aku terus membrowse kasut2 yang sesuai dgn taste aku.TAPI.Tak jumpa pon.Nampaknya aku pakai kasut tahun lepas lah ni kat intec.Takpe.Gua tak kesah.

SEBENARNYA BUKAN ISU NI AKU NAK BINCANGKAN.Tapi tentang peristiwa aku kat kedai baju.Wah!!Kedai baju???Sementara tggu mama aku jemput aku singgah lah kejap kat satu kedai baju nih.PEH!!Ok lah jugak kedainya.Saje2 je nak melihat-lihat baju dalam tu.Aku pun terus pergi kat t-shirt department.Suddenly ada sorang promoter perempuan datang kat aku.

"Encik,nak beli baju untuk anak ke??"tanya promoter G.

"Kambing tol pompuan nih.Aku cili mulut ko kang baru tau,"kata aku dalam hati.."Xde lah.Saje je nak tgk2 baju ni haa,"jawab aku...Pastu aku pun blah...Tak guna tol...

FAIL MISTERI....

1)Apakah yang menyebabkan dier bertanya soalan macam tu kat aku???Adakah dier ada nampak entiti misteri yang mengekori aku masa tu??Tapi,masa tu aku pergi sorang2 je..OHH..It chill up my spine..

2)Atau pun...Adakah aku kelihatan seperti orang yang dah kawen????

3)Atau..Promoter tu yang sewel???Tah2 baru bangun tido kot...I can't believe dia cakap camtu kat aku???

GOOD LUCK MY JUNIOR

Hmm..Semalam pi skolah jap.Ingatkan nak amek sijil SPM sbb intec tibe2 lak nak bende tu.Pi dgn my beloved mama.Dah sampai skolah terus pergi pejabat.Terjumpa lah beberapa orang cikgu>-cikgu fadzlin,cikgu azizi n cikgu hairuslina.Selepas di interview oleh mereka bertiga nih,aku terus masuk ke pejabat.Suddenly,si abg Hizbul pop out from nowhere.Tibe2 je ada kat dalam bilik tu.Aku pun wat derk je dgn dia.Sbb tak berapa rapat.Malangnya,aku diberitahu bahawa sijil SPM aku tak keluar lagi.WHAT???

Takpe.Aku sebenarnya ada agenda lain datang skolah.Nak bagi note aku taon lepas kat junior aku-Umar Imarah.Masa cuti sekolah hari tu dia ada mintak.So,terpaksalah tolong sesama muslim.Dalam bab ilmu,aku tak boleh kedekut.Sbb ilmu bukan hak mutlak aku.Tapi hak Allah.So why not share dgn orang lain.Mungkin dia boleh berjaya.Aku amat bangga melihat orang2 yang aku bantu berjaya.

Selepas berjalan keluar longlai dari pejabat,aku terus menapak ke tingkat 4 bangunan sekolah.Aku tak pasti sama ada tingkat 3 atau tingkat 4.Tapi yang pasti,tingkat paling atas.Aku terus pergi ke kelas 5 Ar Razi.FUHH..Nasib baik dah habis kelas.Kalau tak penat aku menunggu.Sampai je kat situ,aku terus panggil Umar.Ceh,semakin hensem dan bergaya junior aku nih.Wahaha..

"Assalamualaikum,"ujar Umar memulakan perbualan...

"Wsalam,"jawabku simple."Ni ha note yang ko mintak hari tu,"sambung aku lagi...

Selepas aku menerangkan sedikit banyak tntg secret2 kat note tu,aku pun mengambil keputusan untuk chow.Sbb dia ada kelas Syariah Islamiah masa tu.Jujor lah aku tak puas hati nak menerangkan dgn lanjut tntg nota2.Tapi dah nak wat camne.Dah dia ada klas.So terpaksalah aku mengundur diri.

BUAT UMAR & GENG STUDY GROUP KO(kalau ko dah buat)~

GOOD LUCK OK..
DO YOUR BEST IS THIS SPM..
AMEEN...

Saturday, June 20, 2009

~ARGHH..TAK PAHAM LAH KHUTBAH NIE..~

Semalam..pi jenjalan kejap kat bandaraya bahau..Saje jenjalan nak carik makanan kegemaran aku-wafel coklat.Tah aper tak kene dgn wafel tuh.Tak sedap langsung pun.Ergh..Nak tak nak terpaksa lah abeh kan.Sape suruh ngade2 beli.

Masa tgh enjoy makan sekeping tibe2 ternampak seorang mamat nih.Duduk kat kerusi santai kat tgh taman.Macam kenal.Ceh.Mmg knal pun.Dier nie lah senior aku kat maahad podeh.Orang kata dier nih ader sixth sense.Btol ke??Ntah ler.Aku pun tak tau.Aku ingat tak nak lah tegur dia.Tapi,suddenly dier pandang aku.Alamak.Terpaksalah layan je dier nih..

"Salam,kau buat aper kat sini??"tegur aku...

"Tengah tggu helikopter nih..Tak sampai2 pulak.."jawab brother Arshad.."Xde lah.Sebenarnya tgh tggu akak aku..

Buat lawak lak mamat nih.Rembat kang."OO..yeke??"kataku..."So sekarang nih blajau katne??"sambung aku lagi...

"Kat USM je,"jawab beliau simple..

"USM je???Abeh arr humble tu.Ni result mesti tip top giler kan dapat USM..Ye r.USM kan universiti apex,"tanya aku dgn agak excited sket..

"Xder la.Bese2 je,"jawapan yang bajet humble..

Tak lama pastu akak dier pun sampai.OK.FAREWELL...

Next story...Hari nie hari JUMAAT.Sekarang dah pukul 12.30 pm.So,aku pun terus lah menapak ke masjid berhampiran selepas aku menelefon mama aku dan ahmad ribie.Tak guna tol bie.Geram tol aku dgn dier.Hidup2 dia tipu aku.OO..Mentang2 aku nih agak lurus..Kalau aku jumpe ko,siap ko aku rembat..

Pas amek wuduk and all..aku terus duduk dalam masjid tu.Xde orang.Kosong.Macam xde penghuni.Memang lah xde orang.Baru pukul 12.30.So,aku pun duduk lah kejap kat masjid tu.Tengok sekitar masjid.Pas setengah jam menunggu akhirnya bermulalah kisah aku mendengar khutbah.Okeh,dipendekkan cerita.Aku dapat merasakan sesuatu yang tidak kena dgn khatib bertugas.

"WHAT???Dia ke khatib hari ni???Betul ke??"ngumpat aku dalam hati...

Sebaik jer si khatib memulakan khutbah,aku langsung tak paham dier cakap ape.Serius tak paham.Pak cik yang duduk sebelah aku pun tak paham.Begitu jugak sesetengah pihak lain.Sebabnya.Khutbah hari tu disampaikan dalam bahasa tamil.Serius..Aku tak tipu.Nama pun Masjid India.Mesti lah khutbah dalam tamil.Ingatkan pi masjid nak dgr khutbah.Tapi lain pulak yang jadi..Tak paham.So nak tak nak.Aku duduk jer lah kat situ.Buat2 paham.Macam lah paham sangat..Ni lah kejadian pertama yang aku alami..SO ALAMILAH SENDIRI...

P/S:LAIN KALI NAK MASUK MASJID TU,TENGOK LAH SIGNBOARD DULU.JGN MAIN REDAH JE..NANTI JADI MACAM AKU..