Post ini aku tujukan khas buat rakan-rakan seperjuangan aku kat INTEC tu. Disebabkan ada orang terasa dengan perbuatan aku ni kan..aku nak mintak maaf dengan korang semua..Seriously aku rasa berdosa sangat..Apa yang telah aku lakukan? Aku telah meng block beberapa insan yang berkenaan.. Alasannya?? Biarlah aku sendiri yang tahu.
Kepada insan yang aku telah block itu terutamanya roomate aku yang 2 orang tu, aku block korang bukan sebab aku terasa dengan perbuatan korang..Benci jauhlah sekali, Tetapi sebab aku rasa tindakan block itu adalah wajar supaya benda tu tak affect sangat persahabatan kita kat dalam dunia realiti..Tolonglah faham ekk..Aku sangat lah terharu dapat 2 orang roomate macam korang tu kan..Bila mana semua orang tak nak jadikan aku roomate diorang, korang berdua amek aku jadik roomate korang..Masa tu aku rasa bertuah sangat kan ada manusia lagi yang nak aku jadik roomate. Seyess.. Tu lah satu benda yang korang berdua ada tapi budak lain tak ada..Masa kat intec tu aku rasa diri aku ni macam sampah saje..I am nobody..Tapi korang sanggup jadikan diri aku yang sampah ini sebagai roomate korang..Aku sangat berbesar hati..Thanks guys..
Kepada yang bukan roomate aku tu pulak, aku block korang sebab korang adalah manusia hebat..Aku rasa diri aku ni sangat useless bila aku berada bersama dengan orang hebat macam korang..Tolonglah maafkan aku sebab aku block korang..Bila aku duduk dengan korang aku berasa amat jeles dengan korang..Mengapakah aku tidak sehebat korang?? Sebab tu lah aku lari jauh2...Dengan harapan supaya aku dapat mencari semangat hidup yang baharu..Maafkan aku semua..Terutama budak pidato KISAS tu..Aku tau ko terasa sesangat..Sebab dulu kita pernah rapat..Tapi sekarang dah lain dah..Ko dah ada bf baru..Aku lak dah tak sekelas lagi dengan ko..Mana lah ko nak layan aku kan..
Burung pipit memang tidak boleh terbang dengan burung enggang buat selama-lamaya..Kenapa??entahh..
Ok lah semua..sampai di sini sahaja kali ini..Kalau ada jodoh yang panjang, kita bertemu lagi..Aku mintak maaf sangat2.